Ayah aku meninggal dua bulan sebelum aku lahir. So bermakna aku tak pernah jumpah ayah aku walaupun 1 saat. Gambar ayah aku just ada dua keping tapi tu pun tak clear. Sebab lepas ayah aku meninggal ramai lah sedara mara nak gambar ayah aku. And kakak aku pulak bawak gambar ayah aku tidur sekali. Then hilang dan bawak lagi dan hilang.
Kemudian ada jugak gambar ayah aku yang dorang guna untuk projek sejarah dan seni. Salasilah family. Jadi, aku langsung tak tahu muka ayah aku macam mana. Dan hari ni aku delete ramai kawan facebook aku. Dari 1011 friends dan kini menjadi 774 orang. Apa kena mengena friends kat facebook and ayah aku kan.
Macam ni. Tadi aku online dan aku biarkan , aku dok layan cerita hantu Insidious bersama kakak kakak aku. Lepas je aku habes tengok. Aku tengok tengok ada lelaki ni dia IM
"BAPAK KO BABI"
Apa kau rasa bila kau langsung tak pernah tengok muka bapak kau then orang describe bapak kau macam tu ????!!!
Well, ikutkan hati aku nak je maki hamun tapi dia dah offline. And tahniah coz anda berjaya buat aku sakit hati malam ni.
Sumpah aku tak tahu siapa tu. And setakat ni aku tak de gaduh dengan siapa siapa. Musuh aku siapa ? Budak budak form 6 dulu ? Tak mungkin coz aku dah tak ingat pasal dia orang and kenapa dia orang nak ingat tentang aku. Ex aku ? Aku tahu yang dia tahu bapak aku dah meninggal. Walaupun ada ex aku yang kutuk aku tapi aku yakin dia still ada hati and perasaan.
Tak kesah lah siapa , aku dah maafkan dia coz mama aku memang ajar aku dari kecik sebesar mana pun silap orang tu kat kita , kita still jugak kena maafkan. Tapi... kalau orang tu dah hina orang yang dah meninggal emm macam mana dia nak mintak maaf kat orang yang dah meninggal kan ?!
Pandai pandai kau ahh !
No comments:
Post a Comment